Khamis, 15 Julai 2010

Menelusuri Sirah 1 : Umar masuk islam

Tekanan dan kezaliman Quraisy yang terus berlaku sehingga berlaku peristiwa yang menggembirakan Nabi Muhammad. Peristiwa itu adalah peristiwa Umar Al-khattab masuk islam; salah seorang daripada pemimpin bukan islam yang sangat memusuhi islam. Peristiwa ini berlaku selepas tiga tahun kenabian.

Umar, walaupun berperibadi keras dan gagah perkasa, tetapi dia juga seorang pemidato yang bijaksana. kalau dia bersemangat dalam suatu perkara, dia akan kerjakan sampai berhasil. Inilah juga ciri-ciri yang ada pada Amru bin Hisyam yang lebih dikenali sebagai Abu jahal. Oleh itu Nabi Muhammad berdoa," Ya Allah, perkuatkanlah islam dengan salah seorang daripada dua Umar ".
dua Umar yang dimaksudkan ialah Umar Al-khattab dan Amru bin Hisyam iaitu Abu Jahal. Ini kerana dengan adanya orang yang berwatak begini dalam islam, ia menguatkan islam. Allah mengabulkan doa Nabi yang mulia kepada Umar Al-Khattab.

Sebelum islam, Umar bersikap keras ke atas orang islam. Kali pertama dia berlembut dengan orang islam apabila sahabat-sahabatnya mula berhijrah ke Habsyah. Ada seorang sahabat wanita daripada kalangan sahabat Nabi Muhammad bernama Ummu Abdullah. Dia berpakat dengasn anaknya untuk berhijrah ke Habsyah. Mereka berjanji akan bertemu di belakang bukit. anaknya sedang menunggu di sana. Tiba-tiba dia terserempak dengan Umar.

Umar bertanya, " ke mana kamu mahu pergi, wahai Ummu Abdullah ?"

Pada masa itu Quraisy memang tidak membenarkan orang-orang islam keluar dari Mekah.

Ummu Abdullah menjawab, " Kamu seksa kami, kamu ganggu kami, kamu tidak mahu kami lagi, biarlah kami keluar dari Mekah. Kamu tidak rugi apa-apa kalau kamu biarkan aku keluar dari Mekah".

Umar berkata " kalau begitu, ini perpisahan antara kita wahai Ummu Abdullah ". Memang Umar sebenarnya mempunyai hubungan darah dengan Ummu Abdullah. Umar kemudian berkata lagi, " semoga keselamatan menyertai perjalanan kamu".

Inilah kali pertama Umar berlembut. Ummu Abdullah pun terkejut. Sebelum ini, Umarlah orang yang paling keras dengan islam. Apabila Ummu Abdullah sampai kepada anaknya, anaknya bertanya, " wahai ibu, apakah ada orang yang melihat kamu ?"

Jawabnya, " ada, Umar ".

Abdullah sangat terkejut, " bagaimana ibu boleh terlepas ?"

" itulah yang berlaku, Maha Besar Tuhan. Bukan sahaja dilepaskan aku, malah didoakan keselamatan aku dalam perjalanan ".

Abdullah berkata kepada ibunya, " Mungkin kerana ibu berharap sangat Umar masuk islam."

" Benar, Demi allah, aku berharap sangat umar masuk islam ".

Abdullah berkata, " Wahai ibu, umar tidak akan mengucap dua kalimah syahadah selagi keldainya belum mengucap dulu. mustahil bagi Umar mahu masuk islam. "

Memang benar, pada ketika itu Umar masih belum lunak dengan islam. Dia berlembut dengan Ummu Abdullah hanya kerana ada hubungasn darah.
Umar pula, apabila dia pulang ke rumah, dia mula terfikir mengapa semua ini berlaku, pecah belah di kalangan Quraisy, orang mula meninggalkan Mekah dan lain-lain.

umar berkata " ini semua berpunca dari Muhammad ."

Dia bertekad untuk membunuh Nabi. Selepas bangun pada esoknya, umar terus mempersiapkan dirinya dengan pakaian dan peralatan perang. Dia keluar dari rumahnya, hatinya bulat untuk membunuh Nabi. Salah seorang sahabat Nabi ternampak Umar yang sedang berjalan. Sahabat ini sudah islam, tapi orang ramai masih belum tahu tentang keislamannya, kerana tekannanya terlalu hebat, dia menyembunyikan keislamannya. Namanya Nu`aim bin Abdullah. apabila dia melihat umar lengkap dengan pakaian perang dan mukanya jelas marah, maka Nu`aim membernaikan diri menegur Umar.

" Ke mana kamu hendak pergi wahai Umar "?

" aku mahu pergi membunuh orang yang memecah belahkan kaumku dan menghina datuk nenekku ".

Nuaim menjadi cemas, dia bimbang berlaku sesuatu pada Nabi.

" wahai Umar, adakah kamu rasa kamu boleh lepas daripada suku Abdul Mutalib kalau kamu membunuh Muhammad "?

Umar menjawab dengan tegas, " Walaupun aku akan dibunuh oleh suku abdul Mutalib, aku tidak peduli".

Nu`aim semakin cemas melihat Umar sudah tidak memikirkan nyawanya sendiri. Tetapi dia cuba melambat-lamabatkan Umar lagi supaya dia sempat memberitahu Nabi dan sahabat yang lain.
akhirnya Nu`aim berkata kepada Umar,

" kalau begitu kamu mulakan dulu dengan keluarga kamu".

Umar bertanya, "siapa yang kamu maksudkan"?

Nu`aim berkata, " Adik perempuan kamu, Fatimah ".

" adakah Fatimah sudah meniggalkan agamanya"?

" Betul ", Nu`aim menjawab.

Umar terus berpatah balik ke rumah adiknya. Pada masa itu, Fatimah dan suaminya baru masuk islam. Suaminya Saad Bin Zaid antara golongan paling awal masuk islam dan dikalngan sepuluh yang dijamin syurga. Apabila Umar sampai ke rumah Fatimah, dia mendengar suara orang membacva Al-Quran. fatimah dan suaminya ketika itu sedang belajar Al-Quran daripada khabbab bin Arat... Bersambung di edisi Menelusuri Sirah 2

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suka cerita ni..harap sambungannya dapat ditulis cepat....

akhi89 berkata...

Salam..ustaz, saya suka cerita ni