Ahad, 11 Julai 2010

PerjalananKu 7 : Hari Minggu Warga Ijabah






Salam. Alhamdulillah, ada sedikit masa terluang. Minggu ini hujung minggu anak-anak ijabah masih seperti biasa. Menerima undangan dan jemputan. Pada Sabtu, 10.07.2010 pelajar menghadiri kokorikulum di sekolah., sehingga jam 12 Tgh. saya pada pagi ini menjadi marah-marah dengan gelagat pelajar, bila asrama ditinggalkan dalam keadaan tidak berkemas, namun itulah ujian yang harus saya tempuh dalam menghadapi mereka. Mudahan dengan saya bersabar, dan selalu mendoakan mereka, moga saya dan mereka terproses untuk menjadi orang hebat dan baik. Hari sabtu berlalu dengan pelajar tingkatan 3, 4, dan 5 menghadiri kelas bahasa arab bersama Ust Muhammad di sekolah. Petang sabtu, kami semua yang tinggal di asrama berkesempatan meluangkan masa untuk beriadhah. Seronok tengok pelajar-pelajar aktif. Ada yang bermain badminton, dan bola sepak. Dikala itu juga, kami di ziarahi oleh Abg Azizi,Pengasas merangkap Timbalan pengerusi Yayasan Al-ijabah. Pada hari ahad, 11.07.2010, pelajar memenuhi undangan majlis khatam Al-Quran di kediaman Pengerusi Yayasan Al-Ijabah, Ybhg Tan Sri Abd Aziz Yusuf. Semua anak-anak pelajar terlibat dengan bacaan pada pagi ini. Saya kira ini majlis khatam terbesar diadakan bersama, kami dapat menghabiskan 30 Juzuk sebanyak dua kali. alhamdulillah, moga ada keberkatanNYA. Sejuk tengok pelajar-pelajar membaca Al-Quran, ada yang macam membaca buku cerita kegemaran, penuh khusyuk dan penghayatan. Maha besar Allah. Majlis disempurnakan dengan tazkirah ringkas oleh Ust Muhammad berkenaan dengan penyucian hati. Sekian dulu adanya.

Tiada ulasan: