Coretan Rasa Hati


Gundahnya Hati.
Dengan Nama Allah, coretan ini dimulakan..semoga tulisan ini di beri panduan dan rasa yang tepat oleh Allah mengikut syariatnya. MasyaAllah, hari ini rasa berat sangat kepala ni. Tak tahulah kenapa..rasa sedih, marah, geram dan sebagainya…tapi tak tahu kepada siapa hendak dituju perasaan ini dan tak tahu mengapa ia hadir tatkala ini. Namun yang pasti, setiap perasaan dari Allah, maka dengan itu diri ini kembali berserah kepada Allah. Wuduk disempurnakan, solat zuhur dan empat rakaat sunat telah ku selesaikan. Mudahan mendapat ketenangan, walaupun tidak berpanjangan, cukuplah kalau ia sekadar menjengah agar kala ini tidak ada insan lain yang merasa tempias dengan perasaan ku. Rasa ingin mencoret sesuatu telah membuatkan aku berada dihadapan computer ini. Menulis mungkin salah satu cara atau kaedah atau penenang. Kerana dengan menulis, aku seolah-olah sedang bercerita, meluahkan seluruh perasaan hati. Boleh sahaja ada yang tahu tentang tulisanku, dan boleh sahaja ada yang tidak mengetahui kewujudan tulisan ini, namun yang pasti, Allah telah mengetahuinya sejak azali lagi. Maha besar Allah yang telah melengkapkan agama ini dengan sesempurnanya. Dari semua sudut, yang besar mahupun yang kecil, remeh temeh ataupun yang Sirius. Semuanya dalam pengetahuan Allah. Maha Hebat Allah…Wahai Allah, engkau kan tahu apa keperluan diriku untuk menjadi hambamu yang baik, oleh itu Tuhan, kupohon padaMU agar dikau anugerahkan rasa, hati yang tenang agar aku Nampak matlamatku untuk mendapat keredhaanMU