Isnin, 19 Julai 2010

PerjalananKU 8 : Sidang Media Musabaqah Al-Quran

Al-Hafiz Bin Junaidi, Wakil Qari Yayasan Al-ijabah
Mencabut Undi
Ustaz hmad Khushairi dan Ustaz Safwan
Sebelum Majlis
Alhamdulillah, pada 16 Julai 2010 saya dijemput untuk menghadiri sidang media Musabaqah Al-Quran, anjuran Badan Kebajikan Siti Khadijah yang bakal diadakan di Dewan Seminar, Masjid Negeri Selangor pada 7.Ogos.2010. Bersama saya kala ini adalah dua pelajar Ijabah yang akan menjadi wakil Yayasan Ijabah dalam pertandingan ini. Kami bertolak dari MASAA setelah saya selesai mendapat kebenaran dari Penolong Kanan Pentadbiran. Pada jam 4 petang kami tiba di dalam dewan semianar. Keika itu majlis masih menunggu kehadiran tetamu lain. Saya mengisi masa saya dengan membaca buku yang kebetulan saya bawa ketika itu. Tidaklah membosankan sangat. Dua pelajar saya jadi seram sejuk untuk mendengar taklimat dan mancabut undi no giliran dan surah yang akan diperdengarkan pada hari Musabaqah nanti. Saya berkali-kali menenangkan mereka. Masa terus berlalu sehingga azan asar dan ia memaksa penganjur untuk menangguhkan program tersebut selepas asar. Saya yang telah ada temu janji selepas asar mula gelisah. Tapi setelah berurusan dengan pihak kedua, maka saya bersedia untuk menunggu sesi taklimat tersebut dijalankan. Selepas asar, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Ahmad Khushairi, pengerusi Badan Kebajikan Siti Khadijah. Majlis taklimat seterusnya dijalankan oleh Ust Safwan dari bahagian Dakwah MAIS. Cabutan undi dan akhirnya sesi fotografi. Majlis Selesai Sekira-kira jam 5.30 ptg. InsyaAllah, mari sama-sama kita meriahkan Majlis Musabaqah Al-Quran anak-anak yatim Selangor pada 7.Ogos ini di Masjid Negeri. ( Shah Alam ). mudah-mudahan, kita mendapat keberkatan Al-Quran

Tiada ulasan: