![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzKnbx_YUMAu89rPO4BfRby7VcWMNxnThJC_AXJGKJKr7tcqdgWfiNj37exdcf58RNAuAY8jqQG0dJPhVHYUlD96Dr-N6bhyvY4RFgwO1Gbf_ZpTL6S3_HjpCCMPT2Sv-mF10nuU6Jvuo/s320/29062010617.jpg)
Salam. alhamdulillah, jam 5.15 minit petang saya selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis perwakilan Pelajar, Maahad Sains Al-Quran Al-Amin. Semua ahli-ahli MPP sangat memberi perhatian dalam membantu memudahkan urusan para guru mengendalikan hal ehwal disiplin. Ini lah yang sedang kita latih ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai bakat-bakat kepimpinan sejak dari bangku sekolah. Untuk menjadi pemimpin hebat, pelajar harus didedahkan dengan hal-hal kepimpinan. Ia akan menjadi latihan kepada mereka untuk memainkan watak pemimpin di dalam mana-mana institusi yang akan mereka berada satu hari nanti. Moga-moga mereka menjadi pemimpin yang baik satu hari nanti. Buat semua ahli MPP, tahniah di ucapkan atas segala kejayaan menyelesaikan masalah. selamat dan terus selamat. ampun maaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan