![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9vdDJebzZjBhdcb9Pjy7e6xUi8_wy8ThCKpCnZ7ffvshyphenhyphenb6pHF6ExYEZHA2IlyGdAVisTd39MMiBfXwHCtHQ44ayIh6Rn_6xGpMCAt1R5qzfG7zrEeu8HkL3jWw9ShB1OGvh5aHoO17U/s320/21072010678.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbsavhnMFqpjU_8T3_Oz7FVY8lmhW8uo6Rjx2d_JihGqlDzkHEQq9LBo0diBiSQSZV1BR-an_IMVGwmLlCWxPJVuX-GB_q1FEFg71IMhzvbTljePzCp7sU1B_SINMxL9AaaJuLma6p3sk/s320/21072010676.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOFyVZKh-Rd2zBGmkzXhJRsq5EbNGKZE-VupxthiCwnUvVEta3dfJjL6PE8KPHJbaz2S9UiZ1XIjHb6E0ziv4cKXh_b7QCTE2fr_31KzDHNgr_72MHsQxpW_hkt3RCnKTLtlOLyifAIbg/s320/21072010677.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhglUIVVBKbAS6GlxCW6lnZsYD6X6fp9r1p4SxTlx-rwl7wXQU4hkRD91RS8tg6eaNG1d5_VONM9S3qEOIx4tCwi-L7xu82DFElaHnoR69x_IH4WxrZ-xqD8whTHIDC25dvJDk7ZMHORvQ/s320/21072010675.jpg)
Alhamdulillah. Hari ni tergerak saya nak menulis tentang satu programyang saya kira ia sangat di istiqamahkan oleh pelajar ijabah. Apa yang saya maksudkan bacaan hadis setiap kali habis solat maghrib. Ia sekadar mengambil masa 3-5 minit sahaja, dengan tampil kehadapan salah seorang ahli jemaah yang solat di surau pada setiap malam tersebut untuk membaca sepotong dua hadis. Program ini digerakkan oleh jemaah islam tabligh yang setiap hari berjemaah bersama anak-anak ijabah di surau Al-ikhsan. Saya melihat perkara ini sebagai satu kebaikan buat semua pelajar, sekurang2 nya pelajar setiap hari dapat mendengar bacaan-bacaan hadis. Sesekali ada juga dikalangan pelajar ijabah yang memberanikan diri ke hadapan untuk membacakan potongan-potongan hadis tersebut. Mudahan2 ia akan diteruskan, dan saya amat percaya, kalau tak dapat banyak, sedikit pun jadi lah untuk menjadi ilmu dan amalan oleh anak2 ijabah. InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan