Khamis, 15 April 2010

Belajar dan mengajar II

Alhamdulillah, setakat ini, setiap hari jumaat saya isi kan kelas pendidikan islam tingkatan 3 dengan konsep pembelajaran multimedia. Pelajar saya ajarkan tajuk-tajuk mengikut buku teks, cuma bezanya, pada hari jumaat mereka akan membuat nota atau catatan dan akan diterbitkan ke dalam blog masing-masing. Ini bertujuan untuk memastikan pelajar faham dengan apa yang telah saya ajarkan di dalam kelas, disamping melatih mereka untuk menyampaikan dakwah atau sekadar apa yang mereka faham dalam pelajaran dengan cara menyampaikan melalui bentuk penulisan. Dan mungkin satu hari nanti mereka akan mempunyai keyakinan untuk berdiri di hadapan penonton dan menyampaikan dakwah. Moga-moga adalah kebaikannya. Bagi pembaca yang inign melihat hasil tulisan dengan gaya mereka sendiri, boleh lah melayari blog mereka :

http://asyrafsalimi.blogspot.com
http://myzaid.blogspot.com
http://adamasyraf.blogspot.com
http://nazrenhanafi.blogspot.com
http://hafizfarhan.blogspot.com
http://zarithsofea.blogspot.com
http://amirasyakirazuherman.blogspot.com

Sekian dulu, sekiranya ada kesalahan dalam tulisan mereka, mohon dibetulkan, mereka sedang dalam proses pembelajaran. Sekian, ampun maaf.

Letakkan Al-Quran di Dadamu



Salam Kasih sayang. Alhamdulillah. Hari terus berlalu dengan izin Allah. Umur makin meningkat, mudahan aktiviti harian kita menjadi ibadah di sisi Allah. Bagi pelajar-pelajar ijabah, aktiviti rutin mereka ialah kelas Al-Quran. Setiap hari mereka diperuntukkan empat jam bagi kelas al-quran. Bagi yang boleh menghafal, mereka sekarang sedang dalam proses menghafal al-quran, dan pencapaian tertinggi setakat ini ialah ada pelajar yang telah dapat menghafal 16 juz. Bagi peljar yang belum boleh menghafal, mereka ditumpukan dengan kelas bacaan intensif serta pengkhususan tajwid. Saya ingin meminjam kata-kata pengetua sekolah, Ust muhammad Bin Abdullah Al-Amin ketika ucapan beliau pada malam perkemahan jati diri MASAA 2009 sekitar penghujung oktober dulu, " takkan rugi sekiranya di dalam dada-dada kamu ada al-quran", saya sangat mengharapakan kata-kata ini menjadi keramat dan azimat buat pelajar. Bagi pelajar-pelajar, jangan jemu dengan al-quran, kerana al-quran dalah peninggalan dari Junjungan Kita untuk keselamatan kita.

Isnin, 12 April 2010

PerjalananKU 3 : Penghargaan Buat PDRM






Salam..alhamdulillah, semalam ( 12 April 2010 ) saya dihubungi oleh SM Shamsudin, Penolong Pegawai Penyisatan Jenayah IPD Subang jaya berkenaan kes pecah masuk asrama ijabah tempohari. Saya diminta membawa 16 pelajar ijabah yang terlibat dengan kehilangan barang dalam kes tersebut untuk membuat pengecaman barang masing-masing yang telah dijumpai semula setelah satu serbuan dilakukan oleh pihak Polis. Empat suspek berjaya ditangkap, dan dua dari mereka masih dalam tahanan reman utk disoal siasat. Pelajar-pelajar semua nampak gembira dengan berita ini. Dan kami berada di balai polis USJ 8 pada jam 8 malam dan berakhir pada 11.30 malam. Dalam perbualan saya bersama SM Shamsudin, saya berkata, `` tak sangka, begini sekali kerja polis ya, sampai larut malam ". SM sekadar menjawab, " macam ni la ustaz, banyak pun orang yang tak tahu kerja polis, yang selalu kata polis tak buat kerja". Saya sekadar tersenyum. Benar, kita yang tidak berada dalam ruang linkgup kerja mereka, mungkin shj berkata demikian, namun hakikatnya mereka sedang berusaha sedaya mungkin untuk menyelesaikan permasalahan, cuma kita yang perlu sabar dan doa kan mereka. Saya berkata dengan pelajar, nanti besar, jadi masyarakat yang perihatin, sabar dan peka dgn keadaan sekeliling. Mudahan malam ini pelajar dapat ilmu dari kata-kata SM yang sesekali memberi nasihat pada pelajar. Buat pihak polis khasnya SM Shamsudin dan semua pegawai, kami rakamkan jutaan terima kasih, kami doakan mudahan dimudahkan urusan, ditambah iman dan ilmu, murah rezeki panjang umur. Terima kasih, dan selamat bertugas dengan jayanya.

Ahad, 11 April 2010

PerjalananKu 2 :G otong Royong Mega







Alhamdulillah, hujung minggu yang berlalu tempohari( 11.4 2010) kami isi dengan gotong royong di asrama pelajar ijabah. Alhamdulillah semua pelajar terlibat dengan penuh semangat. Moga-moga kebersihan dapat dikekalkan dan mereka dapat berada dalam persekitaran yang bersih. Disamping mengeratkan hubungan silaturrahim, saya harapakan, kebersihan dapat mendisiplinkan mereka menjadi pelajar yang mempunyai sahsiah tinggi. Memang susah jugak sebenarnya nak ajar pelajar-pelajar ni jaga kebersihan. Saya kena bercakap tentang perkara yang sama hampir setiap hari, namun saya psti, dengan berkat kesabaran insyaAllah, mereka nanti akan menjadi pelajar yang tahu, betapa tinggi nya nilai kebersihan kepada seorang yang berjaya, cemerlang, dan berdisiplin. Buat pelajar, renung-renungkan..

Khamis, 8 April 2010

Nak berkongsi !!!!


Salam..masyaAllah, hari ni kan first time dapat belajar dan buat blog, seronok jgak dapat tamabah Ilmu. Terima Kasih Allah. Alhamdulillah, tadi balik dari solat jumaat, saya terus masuk ke pejabat, memandangkan tak dek kelas, maka saya ambil masa untuk membaca buku Biograsi Muhammad Bin Abdullah. Buku ni telah saya beli pada 25 Febuari lepas, pada hari kelahiran Rasullullah. Belum sempat habis lagi baca buku ni dek kekangan masa. Namun begitu, buku ini sangat menarik, santai dan padat dengan fakta. Sangat bagus untuk dijadikan bahan bacaan bagi semua golongan. Ini kerana kita masing-masing sedang belajar, dan berusaha untuk mencintai Rasullullah. Maka, buku ini saya anjurkan kepada anda yang ingin terus membaca kisah baginda junjungan yang mulia. Ditulis oleh Zulkifli Mohd Yusoff dan rakan penanya Noor Naemah Abd Rahman.Dengan 487 Muka surat, anda pasti tidak bosan menyulusuri perjalanan baginda nabi Rasullullah yang mulia. Mudahan ada lah kebaikan saya berkongsi ttg buku ini. ampun maaf

Tingkatan Nafsu

Tingkatan Nafsu (I)

Allah berfirman di dalam Al Quran:

“Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.” (QS Asy Syams 9-10)

Islam menganggap nafsu itu sebagai musuh manusia. Allah SWT telah menegaskan:

“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” (QS Yusuf 53)

Dalam ayat ini digunakan tiga bentuk ketegasan, yakni in–taukik, lam–taukik dan isim fiil mubalaghah. Gaya bahasa ini menunjukkan bentuk penekanan yang sungguh-sungguh bahwa nafsu akan membawa kepada kejahatan.

Nafsu adalah musuh di dalam diri manusia. Sedangkan nafsu adalah sebagian dari diri manusia. Nafsu adalah jismul latif (tubuh halus yang tidak dapat dilihat). Kejahatan nafsu harus dibuang dari diri manusia. Jika tidak dibuang maka nafsu akan menjadi musuh. Tapi walaupun kita ingin membuangnya, nafsu tetap merupakan sebagian daripada diri. Oleh karena itu, melawan hawa nafsu adalah hal yang sangat sulit.

PerjalananKu 1 : Belajar dan Mengajar


Alhamdulillah, pada hari ini, kelas Pendidikan Islam Tingkatan 3, saya isi kan dengan pembelajaran IT. Pelajar dikehendaki membuat blog masing-masing. Dengan harapan blog mereka mnejadi wadah untuk perbincangan, diskusi dan ruang berkongsi Ilmu. Ini perlu kerana pelajar hari ini telah mendapat pendedahan yang amat luas dengan pelbagai budaya yang boleh sahaja membuat mereka terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat. Buat anak-anak murid yang terlibat dengan pelajaran hari ini, selamat belajar, terus belajar dan belajar lagi..Ampun Maaf

Salam Perkenalan


Alhamdulillah..dengan izin Allah, Blog yang saya selalu citakan dapat di realisasikan. mudahan kita dapat berkongsi ilmu. sekian dulu