Selasa, 4 Mei 2010

PerjalananKu 5 : Bendera Negaraku



Salam bertemu lagi. Salam Kasih sayang. Salam Perpaduan. alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi umur untuk menambah amal dan bekal untuk ke sana. Entri kali ni nak kongsi tentang Bendera Negara kita. Jalur gemilang. Semua pasti tahu jalur gemilang. Ada lagu nya. Mungkin sejarah tercipta jalur gemilang ini tak diketahui oleh orang kebanyakan, tapi memadai lah sekadar kita tahu jalur gemilang adalah bendera Malaysia. Penghormatan pada bendera pada saya bukan satu kesalahan. dalam islam pun dahulu kala, tatkala peperangan yang berlaku di zaman Rasul, bendera dijadikan penentu samada peperangan tersebut dimenangi oleh pihak mana. anadai jatuh bendera, maka pihak tersebut dianggap kalah. Ini dari sudut teknikalnya, manggambarkan bahawa bendera bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh. Saya kerap kali terjumpa dengan tiang-tiang bendera yang mengibarkan jalur gemilang yang telah lusuh. Acap kali juga saya dengan beraninya membuat teguran kepada individu yang bertanggungjawab mengibarkan jalur gemilang yang lusuh ini. Namun beberapa hari lepas, saya telah berkunjung ke sebuah negeri tumpuan pelancong, namun apa yang menyedihkan, jalur gemilang yang berkibar bukan sahaja pada satu tiang, tapi hampir lima tiang semuanya mengibarkan jalur gemilng yang telah lusuh. apakah ini mencerminkan sikap dan semangat patriotik kita yang kononnya mencintai negara ini? sedangkan mencintai negara sebahagian dari iman. Marilah kita sama-sama renungkan, mungkin entri ini dianggap kecil daripada lain-lain isu, namun percayalah bahawa, sedikit sebanyak..boleh jadi ada pelancong yang mentertawakan kita dek jalur gemilang yang lusuh ini sedang berkibar !

Ahad, 2 Mei 2010

PerjalananKU 4 : Perkemahan jati diri MASAA II

Alhamdulillah..dah lama tak menulis disini. Kekangan masa menjadi faktor utama. Alhamdulillah...22 April - 25 April 2010 kami semua telah berjaya menyempurnakan Perkemahan Jati Diri MASAA Siri II bertempat di Hutan Lipur ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak. Banyak akitiviti yang dapat dijalankan berkat doa dan kerjasama semua yang terlibat.Antaranya, ice breakng, ceramah motivasi, explorace, jungle tracking, kursus asas menyelamat di air atau water confident, malam kebudayaan, pertandingan debat dan lain-lain lagi. Ini semua tidak lain tidak bukan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Mudahan dapat ilmu dan semua akitivit dinilai sebagai iabadah di sisi Allah..Ampun maaf, turut disertakan klip video sekitar perkemahan tersebut.

Gundahnya hati


Dengan Nama Allah, coretan ini dimulakan..semoga tulisan ini di beri panduan dan rasa yang tepat oleh Allah mengikut syariatnya. MasyaAllah, hari ini rasa berat sangat kepala ni. Tak tahulah kenapa..rasa sedih, marah, geram dan sebagainya…tapi tak tahu kepada siapa hendak dituju perasaan ini dan tak tahu mengapa ia hadir tatkala ini. Namun yang pasti, setiap perasaan dari Allah, maka dengan itu diri ini kembali berserah kepada Allah. Wuduk disempurnakan, solat zuhur dan empat rakaat sunat telah ku selesaikan. Mudahan mendapat ketenangan, walaupun tidak berpanjangan, cukuplah kalau ia sekadar menjengah agar kala ini tidak ada insan lain yang merasa tempias dengan perasaan ku. Rasa ingin mencoret sesuatu telah membuatkan aku berada dihadapan computer ini. Menulis mungkin salah satu cara atau kaedah atau penenang. Kerana dengan menulis, aku seolah-olah sedang bercerita, meluahkan seluruh perasaan hati. Boleh sahaja ada yang tahu tentang tulisanku, dan boleh sahaja ada yang tidak mengetahui kewujudan tulisan ini, namun yang pasti, Allah telah mengetahuinya sejak azali lagi. Maha besar Allah yang telah melengkapkan agama ini dengan sesempurnanya. Dari semua sudut, yang besar mahupun yang kecil, remeh temeh ataupun yang Sirius. Semuanya dalam pengetahuan Allah. Maha Hebat Allah…Wahai Allah, engkau kan tahu apa keperluan diriku untuk menjadi hambamu yang baik, oleh itu Tuhan, kupohon padaMU agar dikau anugerahkan rasa, hati yang tenang agar aku Nampak matlamatku untuk mendapat keredhaanMU